Wednesday 25 May 2050

ABOUT ME



Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Selamat datang blog pertama saya. Nama diberi Suhaila Hanim Binti Shaari. Saya dilahirkan pada 22 April 1979 di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Saya adalah anak jati Pulau Pinang dan bermastautin di kawasan Parlimen Permatang Pauh, P44. Dilahirkan dalam keluarga yang berpendapatan rendah di mana bapa saya seorang pesara majlis perbandaran dan kemudian menjadi pesawah dan ibu saya adalah suri rumah sepenuh masa. Saya adalah anak ke-3 dari 4 orang adik beradik. Saya juga telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 dan mempunyai 2 orang anak perempuan.
Saya merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Penanti, Bukit Mertajam dan kemudian melanjutkan pelajaran pada peringkat matrikulasi USM. Dengan keputusan matrikulasi saya telah berjaya melanjutkan pengajian dalaam bidang Teknologi Polimer di bawah Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM. Pada tahun 2002 saya telah berjaya memegang segulung ijazah iaitu Sarjana Muda Teknologi (Polimer) (Hons), USM. Perjalanan akademik saya tidak berakhir setakat itu di mana saya kemudian mengikut kursus Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Ipoh, Perak dan berjaya memperolehi diploma pendidikan pada tahun 2004.
Pada ketika ini saya sedang mengikut pengajian peringkat sarjana dalam bidang Pendidikan Kimia di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) secara separuh masa. Memandangkan pengajian master saya ini adalah master eksekutif, maka saya hanya perlu belajar di Institut Aminudin Baki cawangan Utara yang bertempat di Jitra dan tidak perlu ke Tanjung Malim, Perak.
Kini saya berkhidmad sebagai seorang pensyarah di Kolej Matrikulasi Kedah dalam mata pelajaran Kimia. Saya mula bertugas sebagai tenaga pengajar di Kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2003. Mula ditugaskan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah dan bertukar ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang pada 2007. Seterusnya pada tahun 2012 saya telah diminta untuk bertugas di Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun sehingga sekarang.
Saya amat bersyukur kepada Allah swt. Atas nikmat kurniaan yang diberikan. Segala pemberian dariNya akan saya jaga sebaik mungkin untuk menjadi seorang insan yang berjaya dunia dan akhirat. Semoga pembaca semua mendapat manafaat dan infomasi yang berguna dari blog saya ini.