ABOUT
ME
Assalamualaikum wbt.
dan salam sejahtera. Selamat datang blog pertama saya. Nama diberi Suhaila
Hanim Binti Shaari. Saya dilahirkan pada 22 April 1979 di Hospital Bukit
Mertajam, Pulau Pinang. Saya adalah anak jati Pulau Pinang dan bermastautin di
kawasan Parlimen Permatang Pauh, P44. Dilahirkan dalam keluarga yang
berpendapatan rendah di mana bapa saya seorang pesara majlis perbandaran dan kemudian
menjadi pesawah dan ibu saya adalah suri rumah sepenuh masa. Saya adalah anak
ke-3 dari 4 orang adik beradik. Saya juga telah mendirikan rumah tangga pada
tahun 2008 dan mempunyai 2 orang anak perempuan.
Saya merupakan bekas
pelajar Sekolah Menengah Penanti, Bukit Mertajam dan kemudian melanjutkan
pelajaran pada peringkat matrikulasi USM. Dengan keputusan matrikulasi saya
telah berjaya melanjutkan pengajian dalaam bidang Teknologi Polimer di bawah
Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM. Pada tahun 2002 saya telah berjaya
memegang segulung ijazah iaitu Sarjana Muda Teknologi (Polimer) (Hons), USM. Perjalanan
akademik saya tidak berakhir setakat itu di mana saya kemudian mengikut kursus
Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Ipoh, Perak dan berjaya memperolehi
diploma pendidikan pada tahun 2004.
Pada ketika ini saya
sedang mengikut pengajian peringkat sarjana dalam bidang Pendidikan Kimia di
Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) secara separuh masa. Memandangkan
pengajian master saya ini adalah master eksekutif, maka saya hanya perlu
belajar di Institut Aminudin Baki cawangan Utara yang bertempat di Jitra dan
tidak perlu ke Tanjung Malim, Perak.
Kini saya berkhidmad
sebagai seorang pensyarah di Kolej Matrikulasi Kedah dalam mata pelajaran
Kimia. Saya mula bertugas sebagai tenaga pengajar di Kolej Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2003. Mula ditugaskan di Kolej
Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah dan bertukar ke Kolej Matrikulasi
Pulau Pinang pada 2007. Seterusnya pada tahun 2012 saya telah diminta untuk
bertugas di Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun sehingga sekarang.
Saya amat bersyukur
kepada Allah swt. Atas nikmat kurniaan yang diberikan. Segala pemberian dariNya
akan saya jaga sebaik mungkin untuk menjadi seorang insan yang berjaya dunia
dan akhirat. Semoga pembaca semua mendapat manafaat dan infomasi yang berguna
dari blog saya ini.
No comments:
Post a Comment